Sunday, August 22, 2010

Jangan Sesekali Kita...

Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

Wednesday, August 18, 2010

Muhasabah di bulan Ramadhan


Seorang pekerja pada projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepadakawan kerjanya yang ada di bawahnya.

Pekerja itu berteriak-teriak, tetapi temannya tidak mendengarnya kerana suara bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja.

Oleh kerana itu untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya, ia mencuba melemparkan duit syiling di depan kawannya. kawannya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu bekerja kembali.

Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.

Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan karena merasa sakit, kawannya mendongak ke atas?

Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

Cerita di atas hanya contoh perumpamaan untuk kita yang selalu lupa...

Tuhan kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNya. Seringkali Tuhan melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNya.

Mungkin, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Tuhan sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

Renungan Ramadhan


Subject: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarraq

 
cid:013a01cb3839$16d46260$2708a8c0@CHOSEN

ANDAI INI cid:013b01cb3839$16d46260$2708a8c0@CHOSENYANG TERAKHIR  
  andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu '

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ' alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
cid:013c01cb3839$16d46260$2708a8c0@CHOSEN
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
 
cid:013d01cb3839$16d46260$2708a8c0@CHOSEN


Duhai Ilahi....  
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
 

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA  

cid:013f01cb3839$16d46260$2708a8c0@CHOSEN
andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
    cid:014001cb3839$16d46260$2708a8c0@CHOSEN
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarraq..

Thursday, August 12, 2010

LAWAK HARI INI

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Tuesday, August 10, 2010

Monday, July 12, 2010

LAWAK HARI INI

Tidak akan di hukum


Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

SPAIN THE CHAMP



Friday, July 2, 2010

HARI TEMU MESRA IBU BAPA & GURU




Hari Temu Mesra Ibu Bapa & Guru telah diadakan pada 1 Julai baru-baru ini.
Pada hari ini ini ibu bapa bersua dengan guru bagi mengatahui tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Di samping itu ibu bapa juga diberitahu serba sedikit mengenai permasalahan anak-anak mereka ketika belajar dan semasa berada di sekolah.
Dengan adanya pertemuan seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan ibu bapa.




Tuesday, June 29, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




Sambutan ini dimulai dengan perarakan sambil selawat menuju ke masjid kg Tebing Tembah. Setibanya di masjid sesi ceramah diadakan. Selesai ceramah, perarakan disambung menuju pulang ke sekolah.

SAMBUTAN HARI GURU 2010








Pada 16 Mei 2010, sambutan Hari Guru telah dirayakan.

Setiap tahun Hari Guru akan diraikan oleh semua warga pendidik. Bagi memeriahkan lagi suasana pelbagai aktiviti telah dijalankan. Pada tahun ini SKTT meraikannya dengan melakukan pelbagai aktiviti sukaneka. Pelbagai gelagat yang melucukan dapat disaksikan oleh murid-murid SKTT. Pada hari wajah singa gurunya sudah berubah menjadi bidadari yang baru turun dari langit.